Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis menyerahkan kepada keluarga mendiang C Sugumar untuk menjalankan bedah siasat kali kedua terhadap mayatnya, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Beliau berkata polis tidak menghalang tindakan itu tetapi tidak mencampuri urusan berkenaan memandangkan keputusan bedah siasat telah dilakukan dan mendapati Sugumar mati disebabkan saluran jantung tersumbat dan bukan disebabkan kekerasan polis.

    

"Bedah siasat yang dilakukan oleh Hospital Serdang pada minggu lepas adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan polis menerima hasil bedah siasat berkenaan, namun tidak menghalang keluarga mangsa untuk bedah siasat kali kedua," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Selangor di Shah Alam hari ini.

Tun Hisan berkata demikian ketika mengulas mengenai memorandum permohonan siasatan lanjut dan menyeluruh berhubung kematian Sugumaran sewaktu dalam tahanan polis yang diserahkan Ketua Pemuda MIC, T Mohan di Shah Alam hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan polis yang dilakukan selama ini adalah telus serta berlaku adil kepada semua pihak termasuk mengambil keterangan terhadap lebih 100 individu termasuk anggota polis, orang awam dan saksi kejadian.

     

Beliau perkata pihaknya juga telah menghantar kertas siasatan kepada pendakwa raya Selasa lepas mencadangkan supaya diadakan inkues di mahkamah terbuka berhubung kes itu.

Terdahulu, kira-kira 10 wakil Pemuda MIC menyerahkan memorandum yang ditujukan kepada Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan memohon polis bekerjasama bagi menjalankan bedah siasat kali kedua terhadap Sugumar.

Memorandum terbabit diterima wakil Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ASP Nik Shukri Nik Hassan di perkarangan IPK di Shah Alam hari ini.

    

- Bernama

Remove |
Remove |
Remove |
Remove

 

 

ADS