Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang wanita berumur dalam lingkungan  50-an maut digilis tren komuter di landasan berhampiran Stesen KTM Komuter Taman Wahyu di Kuala Lumpur, hari ini.

Mangsa yang tiada dokumen pengenalan diri itu dikatakan diseret sejauh 50 meter dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mengesahkan pihak KTM Berhad telah membuat laporan mengenai insiden itu.

"Kami belum dapat mengenal pasti identiti wanita itu kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui selain keadaan mayat yang hancur akibat kemalangan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

- Bernama

ADS