Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dong Zong tak bimbang dilihat jadi alat p'raya Najib

Persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) Ahad ini, tidak membimbangkan persatuan itu akan dilihat menjadi alat untuk menarik pengundi Cina.

dong zong rally against educational blueprint 251112 yap sin tian 03 Presidennya, Dr Yap Sin Tian (kiri) berkata, selain Najib, Dong Zong turut menjemput ahli politik dari kedua-dua belah pihak untuk menghadiri majlis tersebut, dengan harapan mereka akan memahaminya, dan dengan itu menyelesaikan masalah asas yang dihadapi oleh sekolah Cina.

"Kami tidak bimbang (akan dilihat sebagai alat bagi perdana menteri berkempen untuk undi).

"Ramai pertubuhan Cina, seperti Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, juga mengadakan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina dan parti-parti politik dari kedua-dua belah pihak, turut menghadirinya.

"Prinsip Dong Zong melampaui parti politik, jadi kami juga menjemput semua parti (untuk hadir)," kata Yap dalam satu sidang akhbar hari ini.

Katanya, pada jam 4 petang semalam, Dong Zong menerima pengesahan bertulis daripada Jabatan Perdana Menteri bahawa Najib akan menghadiri majlis tersebut di ibupejabatnya di Kajang, Selangor, dari jam 10 pagi Ahad ini.

NONE Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim

mengumumkan melalui Facebook hari ini bahawa beliau akan menghadiri majlis itu pada pukul 11 ​​pagi, yang dijadualkan sejam selepas ketibaan Najib.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin lain Pakatan Rakyat dijangka turut menghadiri majlis tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditemui kemudiannya, Dr Yap tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana beliau tidak menerima sebarang maklumat dari pakatan pembangkang itu.

Ini adalah kali pertama sejak lebih 50 tahun di mana perdana menteri telah bersetuju untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Dong Zong.

Lagi banyak 'hadiah' dari Najib, lagi bagus

Dalam surat jemputan yang dihantar persatuan itu kepada perdana menteri sebelum ini, ia telah mengemukakan tiga permintaan utama mengenai pembangunan pendidikan Cina di negara ini.

azlan Antaranya ialah menggesa kerajaan mengiktiraf sepenuhnya Unified

Examination Certificate (UEC), meluluskan lebih banyak sekolah tinggi Cina persendirian dan menyemak semula Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Oleh itu, Dr Yap berkata, beliau tidak akan mengambil peluang untuk menyampaikan sebarang memorandum kepada Najib semasa majlis tersebut, sambil menambah bahawa adalah mustahil untuk "memaksa" Najib membuat sebarang pengumuman.

"Prinsip kami ialah tidak memaksa tetamu khas untuk memberikan kita apa-apa, tetapi perdana menteri kita sepatutnya tahu apa yang masyarakat Cina mahu.

"(Tetapi) jika beliau membawa apa-apa 'hadiah', sudah tentulah lagi banyak, lagi bagus," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS