Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Abdul Aziz: SPR sedia ke mahkamah
Diterbitkan:  Feb 21, 2013 2:50 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk ke mahkamah sekiranya Pakatan Rakyat meneruskan hasrat mengheret penolong pendaftar yang didakwa melakukan kesalahan pendaftaran pengundi baru menjelang pilihan raya umum ke-13.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai berkata pihaknya itu tidak gentar kerana agensi itu melakukan tugasan mengikut proses undang-undang seperti yang termaktub.

"Besar kemungkinan penolong pendaftar parti politik yang mendaftarnya (membuat kesalahan).

"SPR ada menyimpan semua bukti termasuk Borang A (permohonan pendaftaran pengundi). Ia akan dijadikan bukti di mahkamah nanti," katanya dipetik.

Beliau mengulas dakwaan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh berhubung berlakunya operasi penipuan untuk mendaftar pengundi baru tanpa pengetahuan mereka.

Fuziah yang juga ahli parlimen Kuantan dilapor berkata PKR sedang mengumpul maklumat dan menimbang untuk memfailkan saman terhadap SPR.

ADS