Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

VIDEO l 1:51 secs

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau tidak kisah dengan keputusan MCA tidak mencalonkannya untuk mempertahankan kerusi itu, kerana pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat kata putus mengenai pencalonan BN.

Bercakap dalam sidang akhbar di pusat perkhidmatannya hari ini, Ong berkata beliau tidak terkejut dengan pengumuman itu.

NONE "Malah, saya telah menjangkakannya sejak dua atau tiga tahun lalu. Bagaimanapun, ia adalah budi bicara pengerusi BN untuk membuat keputusan mengenai senarai calon.

"Kalau Chua mahu bertanding pun, keputusan itu juga terletak di tangan pengerusi BN," katanya.

Turut hadir di sidang media itu ialah beberapa ahli MCA Pandan, ahli parti komponen BN dan NGO tempatan, bagi menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan di situ.

Beliau memanggil sidang akhbar hari ini untuk menjawab pengumuman Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam bahawa parti itu tidak mencalonkan Ong untuk bertanding di Parlimen Pandan.

Chua juga mendakwa bahawa Ong tidak mempunyai sokongan dari MCA Bahagian Pandan, parti komponen BN dan NGO tempatan.

'Chua patut bertanding di Pandan'

Ong berkata, beliau telah bertanding di bawah tiket BN dalam setiap pilihan raya dan tidak pernah menggunakan logo MCA semasa kempennya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada beliau akan bertanding sebagai calon bebas jika digugurkan oleh BN. Beliau juga mengelak soalan sama ada Najib telah membayangkan yang beliau akan dibenarkan mempertahankan kerusinya.

NONE Ong juga menempelak Chua dengan mencabarnya bertanding di

Pandan, kerana presiden MCA itu pernah berkata beliau adalah "calon yang boleh menang tidak kira di mana dia bertanding".

Katanya, beliau tidak berminat untuk perang mulut dengan Chua,"tetapi dia juga perlu tahu maklum balas akar umbi apabila beliau membuat sesuatu kenyataan".

Beliau mengingatkan Chua bahawa ahli politik, terutama ketua parti tertentu, perlu tahu hakikat bahawa maklum balas akar umbi menjadi pengukur "untuk anda tahu suhu air".

Tiada mesyuarat dipanggil

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Ketua Umno cawangan Taman Cempaka, Mat Aris Yusof; Ketua Pemuda Gerakan Selangor, Ben Liew; Ketua Pemuda  MIC bahagian Pandan, TM Padmanathan dan wakil pelbagai NGO tempatan.

azlan Lima ahli jawatan MCA Pandan turut hadir, iaitu Timbalan Ketuanya, Tan Chuan Yong; Ketua Wanita, Leong Siew Kam; Setiausaha Organisasi, Chung Mun Hing; Timbalannya, Lee Fook Seng dan ahli jawatankuasa, Lee Cheing Fong.

Tan dan Leong menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan terbaru itu kerana bahagian berkenaan tidak pernah mengadakan mesyuarat untuk memilih calon di Pandan.

Tan berkata beliau telah cuba tetapi tidak berhasul untuk menghubungi Ketua Bahagian Ong Chen Huing bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu dan sehubungan itu beliau memanggil mesyuarat tergempar jawatankuasa bahagian esok untuk membincangkan perkembangan terbaru itu.

Katanya, lapan daripada 15 ahli jawatankuasa bahagian telah bersetuju untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS