Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mansor: P Pinang rancang sekolah Islam antarabangsa

Pulau Pinang bakal menyaksikan pembinaan sebuah sekolah Islam antarabangsa, yang membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa memelihara kedudukan Islam di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman hari ini.

NONE Katanya, pembinaan sekolah yang dicadangkan itu merupakan ilham

Yayasan Islam Pulau Pinang, dengan kerjasama sebuah madrasah tempatan - Madrasah Uthmaniah - dan Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah di Singapura.

Menurutnya, ia akan menjadi sekolah Islam  antarabangsa yang pertama di Pulau Pinang yang akan dbina di tapak seluas 4,863 ekar di Relau, Sungai Ara.

Katanya, pembinaan sekolah tersebut adalah satu bukti bahawa Islam di Pulau Pinang menjadi keutamaan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat di situ.

Mansor menegaskan demikian di majlis penyerahan cek RM1.075 juta kepada Sekolah Agama Rakyat Tuan Haji Omar di Batu Maung.

NONE Majlis itu dianjurkan oleh Exco Hal Ehwal Islam, Abdul Malik Kassim (kanan), yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama

Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Salleh Man dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussein.

Mansor membuat kenyataan itu ekoran dakwaan berterusan BN, terutamanya Umno, bahawa masyarakat Melayu Islam di Pulau Pinang telah dipinggirkan oleh kerajaan negeri yang diterajui DAP.

Mansor juga mengumumkan bahawa Yayasan Islam Pulau Pinang bercadang membina sebuah hospital Islam di negeri itu.

Usaha untuk membina pusat perubatan di tapak seluas 2.5 ekar tanah di Bayan Baru itu adalah usahasama antara yayasan tersebut dengan MAIPP, katanya.

[Baca berita penuh]

ADS