Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Syarikat perlombongan, Lynas akan mendapat ketua eksekutif baharu mulai April apabila syarikat itu mulai meningkatkan pengeluaran produk nadir buminya, terutama sekali di Kuantan.

Eric Noyez, Ketua Pegawai Operasi dan Presiden syarikat itu, akan dilantik menjadi anggota Lembaga Pengarah Lynas dan menjadi Ketua Eksekutif pada 31 Mac, demikian menurut Lynas di dalam satu kenyataan Isnin.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Pengurus Kanan dengan kumpulan kimia Perancis, Rhodia dan Shell.

Ketua Pegawai Eksekutif semasa Lynas Nicholas Curtis akan kekal sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif.

Perubahan itu mencerminkan peralihan baru-baru ini dari satu pemaju kepada pengeluar produk nadir bumi apabila kilangnya di Malaysia memulakan pengeluaran pertamanya bagi jualan pada Februari.

Lynas melombong nadir bumi - sejenis elemen logam yang digunakan di dalam produk dari televisyen digital, pemain MP3 dan mentol lampu kalimantang - di Mount Weld di Australia Barat.

-Bernama

ADS