Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gambar operasi di Kg Tanduo tunjuk 13 kematian

Kerajaan mendedahkan gambar dan mengesahkan sekurang-kurangnya 13 kematian susulan operasi pengeboman yang dijalankan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata langkah tersebut bagi membuktikan bahawa kejadian yang berlaku bukan satu rekaan tetapi realiti yang berlaku di lapangan.

Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan.

Beliau turut menunjukkan gambar seorang penceroboh yang ditembak mati pagi ini.

Gambar ketiga menunjukkan satu kawasan pengebumian yang tidak memperlihatkan sebarang mayat, namun Hishammuddin mendakwa terdapat tiga mayat di dalam lahad tersebut.

Hishammuddin juga enggan mendedahkan keseluruhan jumlah kematian di pihak musuh, kecuali yang dirakam dalam gambar tersebut.

Selain kematian pada pagi ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 yang selebihnya maut semasa serangan semalam atau pertempuran pada hari Jumaat lalu.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah yang terbunuh dalam serangan semalam, tetapi menegaskan tiada pihak keselamatan kita yang terbunuh.

Seramai 14 orang terbunuh dalam pertempuran pada hari Jumaat lalu - 12 penceroboh dan dua orang komando polis kita.

Dalam sidang media selepas itu, Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin timbunan mayat yang ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlaku pada hari Jumaat. 

Keseluruhan lima keping gambar yang didedahkan hari ini menunjukkan barisan senjata yang dirampas serta aktiviti pasukan forensik dalam kawasan operasi.

[Baca berita penuh]

ADS