Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
HKL larang staf pamer logo 'parti pembangkang'
Diterbitkan:  Mar 7, 2013 5:25 PM
Dikemaskini: Mar 8, 2013 4:42 AM

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Dr Zaininah Mohd Zain mengarahkan kakitangannya agar tidak memasang pelekat parti pembangkang di kenderaan atau di premis hospital.

Larangan berkenaan, yang dikuatkuasa melalui surat bertarikh 4 Mac kepada ketua jabatan dan ketua unit hospital berkenaan, memberi amaran untuk mengenakan tindakan tatatertib ke atas kakitangan yang ingkar.

“Ketua jabatan atau ketua bahagian atau ketua unit adalah diminta untuk menasihatkan anggota di bawah jabatan atau seliaan masing-masing supaya mematuhi arahan ini speenuhnya dan juga menasihati bahawa tiada anggota mereka yang melanggar arahan tersebut,” surat itu dipetik.

Satu laman seliaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, TV Selangor dalam satu laporannya hari ini mengesahkan surat itu dikeluarkan Zaininiah.

“Tv Selangor menghubungi pejabat Timbalan Pengarah HKL dan Pembantunya, Nur Hazlin Mohd Yunus mengesahkan perkara ini,” laporan itu dipetik.

[Berita penuh menyusul]

ADS