Parkir baru HKL siap 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tempat letak kereta bertingkat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diilhamkan oleh kerajaan akan memberi cukup kelegaan kepada kepadatan populasi hospital berkenan.
"Saya tidak sabar untuk melihat lebih ramai yang tersenyum apabila projek itu siap pada Januari 2015," kata Najib dalam akaun Facebooknya.
Hari ini, Najib melawat hospital berkenaan dan menegaskan sebuah tempat letak kereta bertingkat dibina sebagai komponen ke arah menaikkan taraf HKL sebagai hospital premier bertaraf dunia.
Najib menulis beliau percaya bahawa kebahagian pesakit adalah penting untuk pemulihan yang cepat.
Kerajaan, katanya, akan melakukan yang terbaik bagi memastikan "mereka sentiasa boleh mengukir senyuman melalui penjagaan kesihatan yang berkualiti dan cekap."
"Jika mereka tersenyum dengan cara yang mereka lakukan sepanjang masa apabila saya melawat Hospital KL (hari ini) untuk merasmikan klinik pakar dan pusat jagaan ambulatori, sesungguhnya kita akan mempunyai sebuah negara yang sangat sihat," katanya.
Kerajaan telah memperuntukan RM300 juta dalam Belanjawan 2012 untuk menaik taraf hospital tersebut.
-Bernama

