Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas pergeseran selama berbulan-bulan, PKR akhirnya bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding di kerusi Bentong, Pahang dan Gelang Patah di Johor.

azlan Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan perkara itu dalam satu majlis di Batu Pahat petang ini.

"Kami mencapai persetujuan dalam satu pertemuan di antara saya, (ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tertinggi DAP dan PKR lain Isnin lalu," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan calon yang akan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

"Jelas bahawa ini bukan satu persoalan mengenai mana-mana individu atau parti politik, tapi sama ada Pakatan Rakyat akan membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Kedua-dua parti berkenaan berebut untuk mendapatkan kerusi Gelang Patah sejak Februari lalu.

Dengan jumlah pengundi lebih 100,000 orang, ia merupakan kawasan parlimen yang paling besar.

Ia mengandungi dua kerusi DUN – Skudai yang diwakili Dr Boo Cheng Hau dari DAP dan kerusi Nusajaya oleh Datuk Abdul Aziz Sapian dari Umno.

[Baca berita penuh]

ADS