Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti komponen BN juga perlu memikul tanggungjawab walau Umno sering dipersalahkan atas pencapaian BN pada pilihan raya 2008.

"Imej BN terjejas bukan kerana Umno tapi kerana parti komponen lain, ada dia antaranya dengan masalah yang lebih besar," katanya.

Beliau berucap di satu majlis bersama bekas wakil rakyat Umno, veteran parti dan bekas pegawai kerajaan di Putrajaya hari ini sebelum mengadakan satu majlis tertutup dengan kumpulan tersebut.

Naib presiden BN itu memberi contoh Gerakan, MCA dan MIC dan tewas di banyak kerusi.

Beliau menggesa parti berkenaan untuk menyelesaikan isu yang dihadapi mereka, selari dengan perubahan dijalankan Umno, bagi memperkukuhkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]

ADS