Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa tiada peruntukan yang membolehkan seseorang itu didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

azlan Abdul Gani berkata akta yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu tidak sama seperti Kanun Keseksaan dan sesetengah pengamal media serta orang awam keliru mengenainya terutama dalam kes melibatkan pencerobohan Lahad Datu.

"Adalah kurang tepat apabila dikatakan tertuduh didakwa di bawah Sosma, saya harap tuan-tuan (media) dapat maklumat ini supaya orang ramai dapat diberikan berita yang tepat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau hari ini.

Sosma merupakan akta yang boleh digunakan untuk mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan oleh polis dan ia tidak menetapkan sebarang hukuman seperti Kanun Keseksaan.

Ia memberi kuasa kepada pegawai polis untuk menahan tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana orang berkenaan yang dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

Mereka boleh ditahan untuk tempoh 24 jam dan sekiranya memerlukan siasatan lanjut, pihak polis boleh melanjutkan tempoh tahanan sehingga 28 hari.

Menerusi akta ini juga, mereka yang ditahan tidak boleh dijamin apabila didakwa di mahkamah.

- Bernama

ADS