mk-logo
Berita
LGE dicabar lawan Teng di kerusi pengundi bercampur

Kini Pemuda Umno Pulau Pinang pula mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertanding menentang pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow di kerusi dengan pengundi bercampur dalam pilihan raya umum akan datang.

NONE Ketua Pemuda Umno Negeri, Shaik Hussein Mydin (kanan) berkata

State Umno Youth chief Shaik pergerakan itu mahu Lim memberi tumpuan kepada kerusi negeri, dan bukannya membahagikan masanya antara kerusi negeri dan Parlimen.

Lim menjadi ahli Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih sejak 2008.

Shaik Hussein berkata, pihaknya mahu ketua menteri itu menunjukkan bahawa beliau diterima oleh semua kumpulan etnik.

Tambahnya, jika Lim bertegas mahu bertanding di Padang Kota, maka itu menunjukkan bahawa beliau mementingkan diri sendiri.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Shaik Hussein berkata, sebagai ketua menteri, Lim mesti menunjukkan bahawa beliau mampu bertanding di kerusi dengan pengundi bercampur dan menang.

Jika tidak, ketua Pemuda Umno negeri itu menyifatkan Lim sebagai rasis sekiranya beliau berkeras untuk bertanding di kerusi majoriti pengundi Cina.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini