Penyandang kerusi Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan dari parti DAP hari ini mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 atas sebab peribadi.
"Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak akan bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya kali ini," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi parti, Karpal Singh.
"Saya akan memainkan peranan sewajarnya untuk menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya," kata Fong yang menjadi wakil rakyat kawasan erkenaan selama tiga penggal.
Dalam pilihan raya umum 2008, Fong mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Cheah Yoke Can dengan majoriti 24,627 undi.
- Bernama
