Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Kumpulan pendesak Hindraf diketuai pemimpinnya P Waythamoorthy hari ini menandatangani satu memorandum persefahaman dengan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India di Malaysia.

Dokumen berkenaan ditandatangani dalam satu acara di dewan SJK(T), Brickfields, Kuala Lumpur petang ini.

Perjanjian itu, yang digelar 'pelan tindakan lima tahun Hindraf-BN untuk masyarakat India', memberi tumpuan kepada empat bidang utama - meningkatkan taraf pekerja ladang yang tersesar, menyelesaikan isu tanpa warganegara, dan peluang pendidikan dan perniagaan.

Waythamoorthy berkata perjanjian dengan BN akan menandakan permulaan perjalanan baru Hindraf dengan kedua-dua pihak memberi tumpuan pertama untuk meningkatkan ekonomi masyarakat India.

Menurutnya, terdapat banyak lagi bidang yang perlu dilihat sebelum peningkatan sepenuhnya taraf hidup masyarakat India, tetapi merasakan ia perlu bermula dengan menangani isu ekonomi.

Rangka tindakan asal Hindraf menumpukan enam perkara yang dihadapi masyarakat India – kumpulan pekerja estet yang tersesar, warga tanpa taraf kerakyatan, peluang pendidikan dan pekerjaan, keganasan polis dan kematian dalam tahanan, serta perkauman.

Antara perkara yang dicadangkan adalah penyediaan pampasan dan latihan kepada pekerja estet yang tersesar, penbuhan kementerian hal ehwal minoriti, melanksana suruhanjaya aduan berhubung salahlaku polis.

[Baca berita penuh]