Yayasan Wanita M'sia sumbang RM50,000
Yayasan Wanita Malaysia hari ini menerusi rogram Sumbangan Kasih menyumbang bantuan sebanyak RM50,000 kepada 400 ibu tunggal, warga emas dan anak yatim di Tasek Gelugor.
Sumbangan itu diharap dapat membantu golongan berkenaan meringankan beban mereka terutama kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang, kata Pengerusi yayasan itu Datuk Faridah Abu Hassan kepada pemberita di Tasek Gelugor.
Turut hadir pada majlis itu, calon BN Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya an calon bagi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen berkenaan iaitu Omar bdul Hamid (Permatang Berangan), Muhamad Yusoff Mohd Noor (Sungai Dua) dan atuk Jahara Hamid (Teluk Air Tawar).
Selain wang tunai, setiap penerima juga diberi pelbagai barangan keperluan.
- Bernama

