Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran hari ini mengalami pengalaman mengejutkan apabila agen tempat mengundi daripada tiga pihak berbeza cuba menghalangnya daripada mengundi.

Mereka mendakwa, seseorang dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama dengannya sudah pun selesai membuang undi.

Premesh berkata, kejadian itu berlaku di pusat pengundian di Sekolah Alam Shah di Seksyen 12 Petaling Jaya tengah hari ini.

NONE Bagaimanapun, ketika berada di bilik mengundi, kata Premesh lagi, semakan kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati beliau memang belum mengundi.

"Dia mengumumkan nama dan nombor pengundian saya.

"Tetapi ketika saya hendak mengundi, kesemua tiga pemantau daripada BN, PKR dan DAP semua membantah, mereka menegaskan nama saya sudah dipangkah pada senarai mereka," katanya.

Bagaimanapun kerani SPR mempertahankan bahawa nama Premesh ada dalam senarainya.

[Baca berita penuh]
ADS