Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Teng, Ean Yong pilihan DAP anggotai exco S'gor
Diterbitkan:  May 17, 2013 12:48 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

DAP telah mengesahkan bahawa bekas speaker Selangor yang juga ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim telah dipilih untuk mewakili parti dalam barisan Exco Selangor.

NONE Seorang lagi ialah ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, yang merupakan exco yang bertanggungjawab bagi pembangunan kampung baru dalam penggal sebelumnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Teng telah meminta agar beliau dibenarkan beralih daripada jawatan Speaker kepada exco kerajaan negeri Selangor.

"Saya telah bersetuju dengan permintaan itu. Ean Yong akan dikekalkan sebagai exco Selangor untuk penggal kedua," katanya.

Menurutnya, wakil DAP yang lain dalam barisan exco negeri itu akan diumumkan pada satu tarikh kemudian selepas selesai perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat di Selangor.

Lim berkata, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan timbalannya Tony Pua akan mewakili DAP dalam perbincangan tersebut.

Katanya, sehinggalah keputusan muktamad dicapai, maka tidak akan ada sebarang pengumuman mengenainya.

Penggal lalu, PKR diperuntukkan empat jawatan exco, DAP tiga dan PAS juga tiga, dengan Teresa dan Ronnie Liu mewakili DAP. Teresa tidak bertanding kerusi DUN dalam PRU13.

[Baca berita penuh]

ADS