Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP hari ini membuat laporan polis terhadap tulisan di akaun Facebook BN Selangor yang didakwa berniat jahat dan berunsur fitnah terhadap parti itu.

NONE Seorang wakil rakyatnya Lau Weng San ( kanan ) berkata, tulisan yang dibuat pada Jumaat lalu itu mengetengahkan dakwaan terhadap ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang dan kempennya semasa pilihan raya umum lalu.

Katanya, laman sosial itu di bawah pengawasan Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

"Kami gesa pihak polis menyiasat perkara ini," kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku itu.

Laporan itu dibuat di balai polis Taman SEA di Petaling Jaya pagi ini.

Lau berkata, tulisan itu antaranya mendakwa berlaku pembelian undi golongan muda Melayu di Gelang Patah dan terdapat cubaan menyemarakkan konflik dalaman Melayu.

[Baca berita penuh]

ADS