Pribumi S'wak protes di sidang hidrokuasa
Diterbitkan: May 22, 2013 5:10 PM | Dikemas kini: May 22, 2013 5:13 PM
Kira-kira 300 orang daripada pelbagai masyarakat tempatan hari ini mengadakan protes sempena persidangan antarabangsa kumpulan berkepentingan dalam industri hidrokuasa di Kuching, Sarawak.
Ia bertujuan mengetengahkan nasib masyarakat pribumi yang menderita akibat kesan negatif pembinaan banyak projek empangan hidrokuasa di negeri itu.
Menurut Save Rivers, NGO pro hak-hak pribumi, peserta perhimpunan melibatkan masyarakat Penan, Kayan, Kenyah dan kumpulan etnik Iban.
Mereka selama ini secara konsisten membangkitkan isu pembinaan empangan di Bengoh, Murum, Bakum, Baram dan Limbang.

