Ling: Hanya AGM boleh singkir presiden MCA
Walaupun 15 veteran parti telah menndesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya berundur segera, tetapi lain pula dengan bekas presiden parti itu, Tun Dr Ling Liong Sik.
Ling berkata, sebarang keputusan seperti itu hanya boleh dibuat
semasa perhimpunan agung tahunan parti (AGM).
"Beliau dipilih oleh mesyuarat agung tahunan. Saya rasa hanya AGM boleh meminta beliau berundur," kata Ling (kanan) dalam satu sidang media hari ini.
Beliau mengulas desakan para veteran MCA, yang diketuai bekas presiden, Tan Koon Swan, yang secara terbuka meminta Chua bertanggungjawab terhadap prestasi buruk MCA dalam pilihan raya umum ke-13 dan supaya meletak jawatan serta-merta.
Ling berkata, MCA harus memberi tumpuan kepada pemilihan parti yang akan datang dan mengenepikan dulu isu berkaitan keputusan pilihan raya umum.
Bagaimanapun, beliau enggan menamakan individu yang paling sesuai untuk mengganti Chua, dan mengulangi bahawa ia perlu diputuskan oleh AGM.
[Baca berita penuh]

