Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis dihambat, wartawan diserang di P Pinang
Diterbitkan:  May 23, 2013 11:44 AM
Dikemaskini: 3:49 AM

Satu kumpulan pemuda yang bertindak ganas menyerang para aktivis NGO hak asasi Suaram yang menyertai perhimpunan sebagai tanda sokongan ke atas aktivis siswa, Adam Adli di Penang Esplanade pada malam tadi.

Kumpulan pemuda tersebut, ada di antaranya yang menaiki motosikal, mengejar para aktivis berkenaan dan menuduh para aktivis tersebut membawa senjata.

NONE Seorang wartawan Oriental Daily, Ooi Choon Nam juga diserang dalam serangan tersebut, yang menyebabkan kerosakan pada kaca matanya dan kecederaan ringan di bahagian tangan.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi semasa kira-kira 100 orang peserta acara nyalaan lilin tersebut, termasuk koordinator Suaram Pulau Pinang Sean Ho dan anggota jawatankuasa pusat PSM Soh Sook Hwa, sedang bersurai.

Ho dan So dihalang oleh kumpulan berkenaan apabila mereka sedang meninggalkan padang berkenaan.

NONE Keadaan itu bertambah tegang apabila kedua-dua aktivis tersebut dihambat oleh kumpulan pemuda berkenaan sehingga ke kawasan Fort Cornwallis.

Menurut Ho, individu bermotosikal berkenaan juga cuba melanggarnya, dan salah satu kenderaan tersebut mengenai kakinya.

Wartawan Ooi yang bertugas pada malam itu juga cuba masuk campur namun diserang di bahagian muka yang menyebabkan kaca matanya melayang ke tanah.

Kumpulan pemuda berkenaan kemudiannya terus mengekori Ho dan Soh, manakala salah seorang dari anggota kumpulan tersebut berteriak melalui satu pembesar suara dan menuduh Ho dan Soh membawa senjata.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS