Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Polis kejar, jangan lari' - pesan Makcik BERSIH

'Makcik BERSIH' atau nama sebenarnya Annie Ooi mencuri perhatian peserta majlis nyalaan lilin di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang apabila menggesa mereka agar tidak bertempiaran lari sekiranya dikejar polis yang berkawal.

NONE Dalam ucapan ringkasnya di majlis itu, beliau menegaskan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan hanya perlu berjalan menjauhi polis yang menghampiri mereka.

"Kita bukan perompak atau pembunuh.

"Kalau polis datang dekat kita, kita jalan pergi perlahan-lahan. Jangan lari bertempiaran macam pengecut," katanya disambut sorakan gembira kira-kira 700 peserta majlis itu.

Beliau kemudian mengundang ketawa kecil orang ramai apabila mengeluarkan sebatang berus gigi daripada beg uncangnya sebagai tanda bersedia untuk bermalam di dalam lokap.

"Kita semua perlu bersedia untuk dilokap kalau polis mahu tangkap semua rakyat Malaysia," katanya disambut tepukan dan sorakan orang ramai.

NONE Majlis malam tadi diadakan sebagai tanda bersama dengan Naib Presiden PKR, Tian Chua; aktivis NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim, dan aktivis PAS, Datuk Tamrin Ghafar yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Mereka memasang lilin sebagai tanda sokongan kepada ketiga-tiga orang itu yang ditahan di lokap berpusat itu..

Turut berucap di majlis malam tadi adalah bapa Adam Adli, Abdul Halim Abdul Hamid,  Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan beberapa orang awam yang diberikan peluang berucap.

1. Tian, Haris, Tamrin pula ditahan

ADS