Aktivis NGO Badrul Hisham Shaharin disaman ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok bagi menjawab pertuduhan terhadapnya bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 ekoran penganjuran perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di Petaling Jaya pada 25 Mei lalu.

NONE Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu dituduh kerana gagal memaklumkan kepada pihak polis sepuluh hari lebih awal, seperti disyaratkan dalam akta itu.

Badrul ( kiri ), 35, yang lebih dikenali sebagai Chegubard dituduh bawah Seksyen 9 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000.

Sementara itu, Badrul berkata, pendakwaan terhadapnya menunjukkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi telah masuk perangkap Datuk Seri Najib Razak dan Dr Mahathir Mohamad.

"Pemilihan Umno akan datang. Ini perangkap untuk menghancurkan kamu," katanya ketika ditemui di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.