Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO mahu M'sia sekat Facebook
Diterbitkan:  Jun 4, 2013 6:58 PM
Dikemaskini: 11:08 AM

Sebuah NGO meminta supaya kerajaan menyekat laman sosial Facebook seperti yang dilakukan di Iran dan China bagi membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.

NONE Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin ( kiri ) berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana terdapat pengguna yang menggunakan laman itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara, lapor Sinar Harian.

Selain itu, beliau juga meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membangunkan mekanisme bagi menyekat bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.

"Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu hari ini.

Hamidzun mengulas tindakan sekumpulan pengguna Facebook yang didakwa bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial itu.

ADS