mk-logo
Berita
Dtk Bandar: Terimalah realiti Pdg Merbok dah ditempah

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menolak dakwaan PKR bahawa Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun ini kerana mereka menempah Dataran Merdeka untuk digunakan pada tarikh itu.

NONE Menurutnya, beliau menerima surat MOM pada Disember lalu yang memohon untuk menggunakan Padang Merbok pada 23 Jun ini, dan MOM memerlukan padang itu bermula dari 22 Jun persiapan acara mereka.

"Mereka perlu terima realiti bahawa padang itu telah ditempah.

"Saya ada surat permohonan pada Disember tahun lepas dari Majlis Olimpik Malaysia untuk menggunakan padang bagi menjalankan aktiviti mereka.

"Saya pun dah keluarkan surat (kelulusan). Saya tak tahu macam mana dikatakan acara hendak diadakan di Dataran Merdeka sedangkan surat jelas kata Padang Merbok," katanya pada sidang media petang ini.

azlan Tambahnya lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah meluluskan permohonan penggunaan Padang Merbok kepada MOM.

"Surat kelulusan yang kita bagi (kepada Majlis Olimpik) untuk (guna) Padang Merbok," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian dan pelancaran Pusat Menunggang Kuda bagi Orang Kelainan Upaya Kuala Lumpur, petang tadi.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Rafizi sebelum ini berkata, semakannya di laman web berkaitan mendapati Padang Merbok tidak terlibat untuk acara larian seperti didakwa.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini