Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cagamas terbit ICP 3 bulan bernilai RM500 juta
Diterbitkan:  Jun 25, 2013 9:58 AM
Dikemaskini: 1:59 AM

Cagamas Bhd, Perbadanan Gadai Janji Negara, akan menerbitkan Kertas Komersil Islam (ICP) tiga bulan bernilai RM500 juta, demikian diumumkan hari ini.

Perolehan daripada terbitan itu akan digunakan untuk membiayai pembelian pembiayaan Islam.

Dalam satu kenyataan, presiden dan ketua pegawai eksekutif, Chung Chee Leong berkata permintaan kukuh daripada pelbagai asas pelabur yang terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pengurus dana telah menyaksikan pesanan melebihi RM1 bilion, yang mewakili kadar lebihan langganan sebanyak dua kali.

"Meskipun dengan situasi tidak menentu pasaran bon, para pelabur telah menetapkan harga yang berdaya saing untuk ICP," kata Chung.

Beliau berkata terbitan itu akan meningkatkan jumlah terbitan Cagamas untuk tahun ini berjumlah sehingga RM1.6 juta.

Sejak diperbadankan pada tahun 1986, Cagamas mempunyai terbitan kumulatif RM267.3 bilion konvensional dan sukuk.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS