Menteri: Lembaga a'bangsa akan nasihat SPRM
Diterbitkan: Jun 27, 2013 1:10 PM | Dikemas kini: Jun 27, 2013 3:10 PM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata satu lembaga penasihat antarabangsa akan dibentuk sebagai penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, tujuan penubuhan lembaga ini adalah untuk memastikan prestasi SPRM setanding dengan amalan antarabangsa dan meningkatkan persepsi antarabangsa ke atas suruhanjaya itu.
Beliau tidak menamakan individu yang akan menganggotai lembaga berkenaan tetapi menyatakan bahawa ia akan melibatkan individu penting dari agensi anti-rasuah dari Hong Kong dan New South Wales.

