Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa penangkapan dan penahanan lima peguam dan aktivis itu sewaktu perarakan Hari Hak Asasi Manusia enam tahun lalu adalah salah di sisi undang-undang.

Berikutan itu, mahkamah memberi gantirugi RM10,000 setiap seorang kepada Sivarasa Rasiah, N Surendran, Latheefa Beebi Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan.

Hakim Datuk John Louis O'hara jugamemerintahkan para defendan membayar sejumlah RM60,000 sebagai kos kepada plaintif.

    

Pada 8 Disember 2010, mereka memfailkan saman sivil terhadap Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ketika itu Supt Che Hamzah Che Ismail, Ketua Polis Negara, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung penangkapan, penahanan dan pendakwaan ke atas mereka.

Mahkamah juga memberi gantirugi khas sebanyak RM5,454 untuk Poulsen kerana terbang dari Afrika Selatan untuk menghadiri perbicaraan tersebut.

O Hara bagaimanapun, tidak membenarkan tuntutan plaintif terhadap pendakwaan berniat jahat.

 

[Baca berita penuh]