Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mesir keluar waran tangkap pemimpin Ikhwan
Diterbitkan:  Jul 11, 2013 11:26 AM
Dikemaskini: 6:23 AM

Pejabat Pendakwaan Mesir mengeluarkan perintah menahan pemimpin Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie atas dakwaan menimbulkan keganasan di luar ibu pejabat Pengawal Republik yang menyaksikan 51 terbunuh, MENA melaporkan.

Al J areera , memetik agensi berita tempatan itu menyebut, lain-lain pemimpin kanan Ikhawan juga dikeluarkan perintah yang sama pada Rabu, termasuk timbalan Badie, Mahmoud Ezzat dan pemimpin parti Essam El-Erian dan Mohamed el-Beltagy.

Sehari sebelum itu, ketua pendakwa umum Mesir memulakan siasatan terhadap 659 suspek yang tidak dinyatakan siapa kerana terlibat dengan keganasan pada Isnin.

Rawya Rageh daripada Al Jazeera melaporkan dari Kaherah, sembilan lagi termasuk dalam waran tangkap itu.

Ikhwan menyeru ke arah "kebangkitan" untuk mengembalikan semula pentadbiran Morsi selepas insiden tembakan pada Isnin.

Ribuan pengikut Ikhwan terus menyalakan lilin berdekatan masjid di Utara Kaherah bagi menuntut Mohamed Morsi dikembalikan ke tampuk kekuasaan selepas rampasan kuasa minggu lalu.

Rageh berkata, pemimpin yang menerima waran tangkap itu kini menyertai acara nyalaan lilin di Masjid Rabaa Adaweya di Utara Kaherah yang menyebabkan polis tidak dapat mendekati mereka kerana jumlah penunjuk perasaan yang ramai.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS