Biskop syor pengajian semua tamadun
Di sebalik isu Tamadun Islam dan Asia (Titas) yang diwajibkan untuk mahasiswa universiti swasta, Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing mengesyorkan diperkenal pengajian semua tamadun dunia kepada golongan itu.
"Tamadun Islam dan Asia memberikan banyak nilai kepada tamadun kemanusiaan tetapi ia bukan cerita keseluruhannya," kata ketua gereja Katolik untuk keuskupan Melaka-Johor itu.
Dr Paul berkata, tamadun Greek, Rom dan Judeo-Christian juga menyumbang banyak nilai kepada manusia dan perlu diketahui seiring dengan usaha melahirkan graduan yang terbiasa dengan nilai-nilai "yang baik, benar dan indah".
Katanya, apabila berbangkit soal pendidikan apa yang baik, teori tentang kebaikan sejagat tidak dapat tidak dilaksanakan.
[Baca berita penuh]

