Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata, penambahbaikkan terhadap Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sepatutnya perlu diberi tumpuan berbanding menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Beliau yang menjawab soalan tambahan daripada Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) berkata, berdasarkan belanjawan yang diluluskan, EIAC juga akan menambah 49 kakitangan (sekarang 27) bagi penambahbaikkan suruhanjaya itu.

NONE "Saya rasa tak perlu ulangi pendirian kerajaan bahawa, kalau kita ganti, hapus EIAC dan wujudkan IPCMC, apa jadi agensi lain? EAIC lahir hasil penambahbaikkan daripada IPCMC.

"Kalau kita lihat, tak ada kena mengena sama ada EAIC atau IPCMC. Dengan menambah bilangan pegawai dan penyiasat, saya percaya ia menyumbang kepada apa yang dibangkitkan (isu kematian dalam tahanan).

"Setakat ini EAIC hanya ada 27 orang pegawai, kita perlu meminta lebih pegawai bukan untuk gantikan EAIC," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Siti Mariah dalam soalan tambahannya bertanya, mengapa kerajaan "berdegil" untuk menubuhkan IPCMC yang mendapat sokongan pelbagai pihak, termasuk daripada BN sendiri.