Ketua polis daerah Lahad Datu Shamsudin Mat hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau mengetahui lebih awal mengenai rancangan penceroboh Sulu untuk memasuki Kg Tanduo awal tahun ini.

Shamsudin, yang meminta untuk tampil sebagai saksi di suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ke atas isu imigran Sabah, berkata beliau tidak pernah menghubungi dan memberi amaran kepada pegawai daerah tersebut, Zulkifli Nasir berhubung maklumat itu.

Pegawai daerah Lahad Datu tersebut pada hari Selasa lalu memberitahu suruhanjaya tersebut bahawa Shamsudin menyatakan kepadanya berhubung kemungkinan pencerobohan tersebut dua minggu sebelum ia berlangsung.

Shamsudin hari ini bagaimanapun tidak pernah membuat panggilan tersebut memandangkan beliau sendiri tidak pernah mengetahui mengenai pencerobohan tersebut sebelum ia berlaku.

“Saya nafi memberitahu dia perkara itu,” Shamsudin dalam kenyataannya dalam sidang suruhanjaya tersebut hari ini.

Katanya, Zulkifli sendiri memberitahunya bahawa ada pihak yang tersilap petik kenyataan pegawai daerah tersebut semasa berbincang mengenai pencerobohan itu.

Shamsudin juga berkata beliau tidak tahu mengapa Zulkifli membuat kenyataan seperti itu.

[Baca berita penuh]