SPRM selesai siasat kes pindah haram libat MB
Diterbitkan: Jul 18, 2013 4:38 PM | Dikemas kini: Jul 18, 2013 4:39 PM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menyiasat kes pemindahan wang haram yang didakwa melibatkan seorang menteri besar empat tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata kertas siasatan kes itu kini dalam kajian pihak Peguam Negara.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang meminta Perdana Menteri menyatakan status siasatan kes itu.
Pada tahun 2009, seorang menteri besar didakwa memindahkan sebanyak RM10 juta ke London melalui sebuah syarikat pertukaran wang asing.
- Bernama

