Enam rakyat Mesir terbunuh dan 11 lagi tercedera ekoran beberapa serangan militan di semenanjung Sinai berdekatan sempadan Mesir-Israel dan Palestin-Tebing Gaza, menurut sumber perubatan.

Dua orang awam, dua pegawai tentera dan dua anggota polis terbunuh apabila sekurang-kurangnya sepuluh serangan berlangsung di kawasan bandar utama Rafah dan El-Arish semalaman terhadap balai polis dan titik pemeriksaan pasukan keselamatan dan tentera, menurut sumber.

Keganasan terkini ini paling buruk dirakam dalam bulan ini, daripada aspek jumlah serangan dan mangsa dalam sehari.

Kawasan tanpa undang-undang di Utara Sinai menjadi pangkalan untuk kumpulan Islamis garis keras yang sejak dua bulan lalu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan, mengambil kesempatan keadaan vakum ekoran kebangkitan 2001 yang menggulingkan presiden Hosni Mubarak.

Keganasan menyemarak semula selepas tentera menggulingkan presiden Islamis Mohamed Mursi pada 3 Julai.

Militan sejak itu menyerang beberapa titik pemeriksaan pasukan keselamatan dan sasaran lain hampir setiap hari, membunuh sekurang-kurangnya 20 orang.

- Reuters