Akhbar harian Tamil yang popular pada era 60-an, 70-an dan 80-an iaitu Tamil Malar, kini diterbitkan semula dan akan diedar di Lembah Klang mulai Sabtu ini dan 17 Ogos ke seluruh negara.

    

Pengarah Eksekutifnya Periasamy Munisamy berkata akhbar yang turut popular di Singapura itu diberi nafas baru dengan menerapkan kandungan unik dan format terkini yang memenuhi cita rasa semua lapisan masyarakat.

    

"Ia juga akan menjadi satu-satunya akhbar tempatan Tamil yang menerbitkan sisipan perniagaan sebanyak lapan muka surat," katanya dalam kenyataan hari ini.

    

Selain itu, sisipan harian yang merangkumi topik seperti pendidikan, sejarah dan tamadun, belia, keluarga dan gaya hidup, agama dan falsafah, sains, teknologi dan inovasi, hiburan serta berita dunia turut diterbitkan dalam akhbar berkenaan, katanya.

- Bernama