Peguam pertikai SKMM siasat ibu Alvin
Ibu kepada penulis blog seks Alvin Tan hari ini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Bagaimanapun, peguam Alvin, Chong Joo Tian, mempersoalkan langkah itu, dengan berkata, individu itu tidak mempunyai kaitan.
"Kami tanya mereka sebabnya (menyoal siasatnya dan) hubungan antara dua dan kes itu. Mereka tidak mampu menjelaskan kepada kami," katanya.
Chong ( kanan ) berkata, tiada sebab untuk menyoal siasatan anggota keluarga Alvin kerana dia sudah pun didakwa di mahkamah.
Menurutnya lagi, posting yang dimasukkan di Facebook juga dibuat tanpa pengetahuan keluarga dan Alvin sendiri tidak tinggal bersama mereka pada masa itu.
Ibu kepada Alvin enggan bercakap kepada media. Namanya juga enggan didedahkan.

