Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Warga emas rentung, 200 rumah musnah
Diterbitkan:  Aug 9, 2013 9:17 AM
Dikemaskini: 1:19 AM

Seorang wanita warga emas rentung manakala kira-kira 1,000 orang tinggal sehelai sepinggang apabila 200 buah rumah musnah dalam kebakaran besar di Kampung Cendera Mata, Batu Sapi, dekat Sandakan semalam.

    

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu, berkata mangsa dikenali sebagai Isnah Kuayah, 73 dan seorang lelaki turut terkena renjatan elektrik dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent.

    

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, seorang anggota Bomba mengalami kecederaan selepas tergelincir ketika membuat operasi memadamkan api dan sedang diberi rawatan di hospital itu.

    

Ordine berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.18 tengah hari dan menghantar 15 anggota bersama tujuh jentera ke lokasi kejadian serta dibantu 15 anggota bomba sukarela dari Karamunting selain anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

    

Beliau berkata ketika bomba sampai, kebakaran sudah merebak dan hanya dapat dikawal kira-kira 30 minit selepas itu.

    

Katanya mayat mangsa ditemui di bawah rangka rumah yang terbakar, manakala  punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

    

- Bernama

ADS