'Saya tak kata berundur lepas 2 penggal'
Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau tidak akan membandingkan pentadbirannya dengan pendahulunya Koh Tsu Koon daripada Gerakan yang berkhidmat selama 18 tahun.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada akan melepaskan jawatan itu selepas dua penggal berkhidmat, Lim menjawab: "Saya tidak kata begitu".
"Biar saya fokus pada kerja sedia ada, masih banyak kerja perlu dibuat," tambahnya, dalam wawancara dengan beberapa harian berbahasa Inggeris di pejabatnya di Komtar pada Jumaat.
"Saya juga tidak tahu sama ada dapat lalui penggal ini. Masih banyak yang perlu ditempuhi. Tetapi saya tidak akan membandingkan dengan tempoh pentadbiran Koh."
Koh ( kanan ), presiden Gerakan, merupakan ketua menteri ketiga Pulau Pinang selepas menggantikan Dr Lim Chong Eu pada 1990.
[Baca berita penuh]

