Pasukan polis menjalankan operasi besar-besaran untuk mengesan bekas banduan bawah Ordinan Darurat di seluruh negara melalui Ops Cantas bagi mengatasi kejadian jenayah.

Laporan Berita Harian menyebut, operasi yang bermula tengah malam kelmarin itu turut melibatkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis kediaman dan perniagaan bagi mengesan suspek yang kembali aktif dalam kegiatan jenayah.

Laporan itu memetik kenyataan ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata, operasi dijalankan berdasarkan maklumat orang awam dan risikan polis.

"Mereka yang ditahan akan memalui pelbagai peringkat saringan termasuk pemeriksaan rekod jenayah lampau, ujian air kencing, tubuh badan dan kenderaan yang digunakan, kesalahan trafik, pengenalan diri selain pemeriksaan di kediaman suspek.

"Melalui cara ini, kita yakin dapat mengatasi kes jenayah seperti samun, curi kenderaan dan pecah rumah, termasuk menghindar berlakunya sebarang cubaan untuk melakukan pelbagai kesalahan jenayah seperti kes bunuh," katanya seperti dipetik Berita Harian.

[Berita penuh menyusul]