Keputusan rayuan kes bunuh Altantuya pada Jumaat
Diterbitkan: Aug 20, 2013 12:19 PM | Dikemas kini: Aug 20, 2013 12:20 PM
Keputusan rayuan dua anggota Unit Tindakan Khas yang disabitkan bersalah membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu akan dikemukakan oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat.
Hasnal Rezua Merican, salah seorang peguam Korporal Sirul Azhar Umar mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini lewat petang semalam.
"Ya benar. Pendaftar telah memaklumkan kepada kami bahawa keputusan akan dihantar pada 9 pagi pada Jumaat," kata Hasnal Rezua.

