Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam: Polis mesti maklum ibubapa jika soal kanak-kanak
Diterbitkan:  Aug 28, 2013 5:00 PM
Dikemaskini: 11:30 PM

Ibubapa atau penjaga perlu dimaklumkan sebelum seorang kanak-kanak disoalsiasat oleh polis kerana mereka tidak berupaya untuk membuat keputusan dalam konteks undang-undang, kata para peguam.

Walaupun Akta Kanak-kanak 2001 senyap tentang perkara ini, tetapi mereka berkata, kanak-kanak masih dilindungi di bawah Kanun Tatacara Jenayah (CPC), yang memberi mereka pilihan untuk menjawab atau tidak, soalan polis.

NONE "Jika seseorang kanak-kanak dikehendaki memberi keterangan di bawah Seksyen 112 CPC, dia mempunyai hak dan polis wajib

menjelaskan kepada kanak-kanak sehingga mereka berpuas hati bahawa kanak-kanak itu mememahami (hak mereka itu)," kata Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong (kanan).

"Dari segi praktikal, ibu bapa perlu hadir kerana jika tidak, pihak polis tidak boleh pasti bahawa kanak-kanak itu memahami yang mereka boleh memilih untuk tidak menjawab soalan."

Ini terutamanya dalam kes kanak-kanak kecil, yang mungkin juga tidak dapat untuk membezakan sama ada soalan itu boleh membabitkan mereka, jelas beliau.

NONE Dalam kes SK Seri Pristana di mana ibu bapa telah mendakwa murid-murid telah disoal siasat oleh polis tanpa pengetahuan mereka, beliau berkata, guru atau pengetua sepatutnya memanggil ibubapa kerana "ia bukanlah perkara segera".

Peguam Syahredzan Johan (kiri), yang banyak menguruskan kes-kes

jenayah yang membabitkan kanak-kanak, berkata  semangat Akta Kanak-kanak ini adalah untuk melindungi mereka.

Oleh itu, ibubapa atau penjaga mestilah dimaklumkan walaupun dalam kehadiran pengetua atau guru.

"Akta itu juga menunjukkan bahawa individu yang patut dimaklumkan bila berlaku penangkapan adalah ibubapa atau penjaga, jadi dalam kes ini, pengetua saja tidak cukup untuk melindungi kebajikan kanak-kanak," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS