Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shuhaimi Baba dakwa terima ugutan bunuh
Diterbitkan:  Sep 4, 2013 1:02 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Pengarah Tanda Putera, Datuk Shuhaimi Baba mendakwa beliau menerima ugutan bunuh pada tahun lepas sewaktu filem itu mula dibatalkan tayangannya.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Berita Harian, Shuhaimi mendakwa ugutan itu adalah sebahagian daripada dugaan yang dihadapinya dalam usaha memastikan filem itu ditayangkan di pawagam.

"Ketika pengumuman tayangan filem ini dibatalkan tahu lalu, saya menerima ugutan bunuh.

"Individu terbabit juga mengancam mahu membakar pejabat saya sekiranya saya teruskan tayangan filem ini.

"Ada juga yang mahu campak saya ke neraka. Siapa yang tidak takut?" kata Shuhaimi.

Menurut Shuhaimi, beliau memilih untuk tidak melaporkannya kepada polis kerana yakin individu itu hanya berani bertindak demikian selagi identitinya tidak diketahui.

"Kami bertawakal kerana yakin nawaitu kami ketika menghasilkan Tanda Putera," katanya.

Tanda Putera yang tinggal dua hari sahaja lagi bagi tayangan wajib menelan belanja produksi sebanyak RM5 juta.

Setakat ini ia mencatatkan kutipan sebanyak RM500,000 dan ketinggalan di belakang filem komedi KL Zombi yang sudah mengutip RM3 juta.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS