Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka  dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Yang turut menziarah jenazah ialah Anggota Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS