Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nurul bawa perjuangan pembaharuan p'raya ke New York

Walaupun gerakan pembaharuan pilihan raya di Malaysia semakin kendur selepas pilihan raya umum ke-13, tetapi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar merayu kepada rakyat Malaysia di luar negara untuk mengharungi peringkat akhir perjuangan itu - persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri dan parlimen.

"Buat masa ini kita begitu hampir. Kami mendapat 52 peratus sokongan popular (dalam pilihan raya umum lepas )...

NONE Persempadanan semula itu akan memberi kesan kepada pilihan raya

umum ke-14 dan keputusannya, kata Nurul Izzah kepada Malaysiakini sebelum majlis makan malam bersama rakyat Malaysia yang tinggal di New York City pada hari Rabu.

"Kita meminta mereka (rakyat Malaysia di luar negara) untuk mengharungi peringkat akhir ini.  Kita bercakap tentang tidak membenarkan berlakunya persempadanan semula kawasan pilihan raya yang tidak adil dan berat sebelah. Kita begitu hampir.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib Tun Razak berjanji banyak perkara. Salah satu daripadanya ialah pembaharuan pilihan raya, dan 22 syor jawatankuasa terpilih parlimen perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Mesej yang sama diajukan kepada lebih 60 rakyat Malaysia - terdiri daripada pelajar universiti, golongan profesional, warga emas dan juga beberapa orang ahli Kelab Umno di New York-New Jersey - yang menghadiri majlis makan malam itu di sebuah restoran Turki di Manhattan.

Menekankan tentang impak proses tersebut yang dijadualkan bermula pada akhir tahun, Nurul Izzah memetik kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel ), yang membuat kesimpulan bahawa Umno dan BN memenangi hampir semua pilihan raya umum kerana persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Anak perempuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berada di sana atas jemputan badan pemikir terkemuka Amerika Syarikat - Council on Foreign Relations -  untuk berucap di sebuah persidangan di bandaraya itu.

Dalam lawatannya ke Amerika Syarikat, Nurul Izzah turut menghadiri sesi ucapan tidak formal di institusi pengajiannya sebelum ini - School of Advance International Studies (SAIS ) di Universiti John Hopkins - dan mengadakan mesyuarat dengan pegawai Jabatan Negara Amerika.

Majlis makan malam santai dengan rakyat Malaysia di New York itu dianjurkan oleh adik lelakinya, Ehsan dan isterinya Syaheedah Jes Izman serta penyokong PKR yang tinggal di bandaraya itu melalui satu acara Facebook. Hadirin dikehendaki membayarkan sendiri bil mereka.

[Baca berita penuh]

ADS