TRIBUNAL BERSIH

NONE Anggota Parlimen Klang Charles Santiago hari ini berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan mengesahkan keraguan masyarakat berhubung dakwaan terdapat sekumpulan pekerja asing menjadi pengundi hantu di parlimennya pada hari mengundi.

"Saya hubungi SPR dan minta mereka turun dan sahkan sama ada mereka benar-benar pengundi.

"Tetapi SPR kata waktu itu sudah lepas jam 5 petang dan kerja mereka sudah selesai (kerja)," kata Charles dalam tibunal berkaitan pilihan raya umum ke-13 anjuran BERSIH hari ini.

Charles merujuk kepada insiden hari mengundi apabila bas dengan 18 penumpang, 17 daripadanya pekerja asing, menjadi sasaran kemarahan penduduk tempatan berhampiran sebuah sekolah di Pandamaran.

Beliau merupakan saksi pertama di tribunal itu hari ini, yang diuruskan oleh profesor undang-undang Universiti Malaya Gurdial Singh Nijar di hadapan lima panel.

Panel ini diketuai oleh pakar perlembagaan dariapda Program Pembangunan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Yash Phal Ghai.

[ Baca berita penuh ]