Peguam Komas cabar tuduhan tayang 'No Fire Zone'
Peguam Komas Lenda Hendry, yang menuntut dibicarakan atas tuduhan menayang filem tanpa kelulusan Lembaga Penapisan Filem, akan memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan tuduhan itu mencabuli perlembagaan.
Filem yang disiarkan itu adalah No Fire Zone: The Killing Fields of Sri Lanka yang ditayangkan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada jam 9 malam 3 Julai lalu.
Peguam New Sin Yew berkata mereka akan memfaikan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum 21 Oktober, tarikh sebutan seterusnya di mahkamah majistret.
Pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo (
kanan
) berkata tuduhan ke atas Lena adalah satu bentuk tindakan ke atas pejuang hak asasi manusia.
"Ia menyalahi Perlembagaan memandangkan apa yang disiarkan hanyalah satu dokumentari.
"Adakah ini bermakna kita sekarang perlu kelulusan LPF untuk tayangkan video perkahwinan?" tambahnya sambil menegaskan perkara itu adalah asas kepada tindakan mencabar keabsahan tuduhan itu di sisi Perlembagaan.