Jadual sesi pengenalan calon bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) dan ketiga-tiga sayap pusat yang sepatutnya diadakan mulai 1 Oktober ditukar ke 2 Oktober.

Menurut Umno di dalam lamanwebnya www.umno-online.com.my , pada 2 Oktober, sesi pengenalan calon akan diadakan di Perlis pada pukul 9.30 pagi, Kedah (3.30 petang) dan Pulau Pinang (8.30 malam).

Seterusnya, pada 4 Oktober, sesi memperkenalkan calon diteruskan di Perak pada pukul 9.30 pagi, Selangor (3.30 petang) dan Wilayah Persekutuan (8.30 malam).

Sesi itu akan diadakan di Kelantan pada 6 Oktober pukul 9.30 pagi, Terenggan (3.30 petang), Pahang (9 malam) dan 8 Okt di Negeri Sembilan (9.30 malam), Melaka (3.30 petang) dan Johor (8.30 malam).

Bagi Sabah, sesi pengenalan calon diadakan di Badan Perhubungan Umno Sabah pada pukul 3.30 petang 9 Oktober.

Sejumlah 260 calon bertanding jawatan Umno pusat selepas ketua penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman menarik diri daripada bertanding naib ketua  Wanita. Pemilihan bagi Exco ketiga-tiga sayap diadakan pada 12 Oktober dan MT pada 19 Oktober.

- Bernama

1. Jelajah perkenal calon pemilihan Umno