Gesaan beberapa pemimpin MCA untuk memanggil mesyuarat agung khas untuk mengubah keputusan jawatankuasa pusat bagi menarik balik penggantungan tiga tahun Tee Siew Kiong' berakhir dengan keadaan memalukan.

NONEKetua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong (kiri) mengakui bahawa "keadaan telah berubah" dan sebarang surat yang dikeluarkan kini menjadi "batal dan tidak sah".

Ini kerana permohonan EGM diserahkan pada 9 September dan melebihi 30 hari, iaitu pada 8 Oktober.

Bagaimanapun, sebarang surat dikeluarkan oleh anggota parti harus dalam tempoh 21 hari sebelum tarikh EGM.

Satu-satunya cara, Presiden Datuk Seri Chua Soi Lek untuk menggunakan kuasanya memanggil EGM dalam tempoh tujuh hari. Bagaimanapun, Chua enggan melakukannya, kata Wee.

Tee digantung kerana menerima jawatan exco selepas pilihan raya umum lalu walaupun partinya mengarahkan menolak sebarang jawatan kerajaan ekoran kekalahan teruk parti Cina itu.

Pada 20 Jun, jawatankuasa presidental MCA menerima cadangan jawatankuasa disiplin untuk menggantung keanggotaannya untuk tiga tahun.

Tee kemudian merayu dengan berkata beliau terpaksa menerimanya kerana kehendak istana.

[Baca berita penuh]